" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

PEMBAHAGIAN KERUSI DI SARAWAK : HADI DAN NIK AZIZ DIKETEPIKAN


Kecelaruan pembangkang dalam menentukan kerusi di Sarawak terus menjadi igauan buruk kepada mereka. Pakatan pembangkang mengandungi PKR-DAP-PAS dan parti tempatan Sarawak, SNAP tetapi semuanya membuat tuntutan bertindih dengan PKR mahu diperuntukkan 52 kerusi, SNAP 40, DAP 18 and PAS enam kerusi, yang bermakna kesemuanya 106 kerusi sedangkan negeri itu hanya mempunyai 71 kerusi sahaja.

PKR yang berlagak sebagai ABANG BESAR nampaknya tidak mahu mengalah dengan parti2 lain tentang pembahagian kerusi di Sarawak. DAP pun sama, namun atas dasar menghormati tuanrumah, mereka terpaksa memberi laluan kepada SNAP.

PAS, parti yang sentiasa jadi tunggangan, tetap diketepikan. Tiada apa2 yang dapat disuarakan oleh kepimpinan tertinggi PAS melainkan hanya mengangguk, walhal selama ini, PAS lah yang banyak menjayakan agenda rakan2nya seperti melalak, merangkak dan baring di atas jalan.

No comments:

Post a Comment