Setelah melalui beberapa perbincangan, akhirnya Misbun bersetuju untuk menarik balik surat perletakan jawatannya.Ini adalah berita gembira bagi peminat2 badminton negara.
Misbun bolehlah dianggap sebagai permata kepada dunia badminton negara. Jasanya menaikkan nama Malaysia diperingkat antarabangsa bermula pada tahun 1980 apabila mendapat pingat gangsa bergu lelaki Kejohanan Dunia (bersama Jalani) di Jakarta.
Selepas itu Misbun bermain secara single dan paling manis apabila layak ke peringkat perlawanan akhir di Kejohanan All England pada tahun 1986. Pada waktu itu kita boleh melihat rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan fahaman politik, masing2 mengadap tv menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir berkenaan.
Terimakasih di atas usaha BAM terutama Datok Nadzmi yang membawa semula Misbun ke jawatannya.
Terima kasih Dato' Misbun akhirnya pulang kepangkuan BAM, secara totalnya rakyat tidak tahu apakah isu yg membuat Datuk Misbun meletakkan jawatan walaupun isu tersebut telah di perbincangkan di kedai kopi dan diperingkat nasional.
ReplyDeletedi peringkat management BAM di harap lebih telus dalam menyelesaikan isu berbangkit berdasarkan menang menang supaya kedua belah pihak berpuas hati demi kebaikan sukan negara, kerana pengurusan secara otokrat perlu di hindarkan bagi mengelakan apa jua isu di politikan..