Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan (DUN) Kerdau, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob menempelak Pas termasuk Mursydiul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hanya memperjuangkan politik Pas dan bukannya agama.
Dalam tembubual ekslusifnya bersama UMNO-Online, beliau berkata mereka tidak mementingkan apa-apa sebaliknya mengutamakan pilihan raya sahaja dan mendapatkan kuasa dengan apa cara sekalipun.
“Pokoknya menang pilihan raya dan dapat kuasa. Apa cara tidak kira samaada memecahbelahkan orang Islam, samaada dengan melaga-lagakan orang Islam dengan bukan Islam asalkan mereka berkuasa.
“Saya tidak berapa sedap mengata orang dan tidak suka kata kepada sesiapa. Kalau tidak kata kepada mereka dia kata kepada kita pulak….teruk-teruk sangat. Susah pulak. Kepada kita semua apa yang penting adalah untuk pilih ulama sejati dan mana ulama plastik, itu yang mustahak,” katanya.
Ketika ditanya tindakan pembangkang yang memanipulasi pemberian biasiswa daripada Yayasan Pahang baru-baru ini, beliau berkata apa orang nak kata biarkanlah kerana apa yang penting anak-anak mendapat bantuan pendidikan sewajarnya.
“Lagi pun kita bagi sebelum penamaan calon lagi..Dia asyik mengata kita tetapi mereka lupa cermin diri. Yang mereka pergi rumah rumah dan bagi ole-ole RM5 ingat kita tidak tahu. Jadi mungkin mereka mengatakan mereka hanya boleh bagi banyak ni jer..orang UMNO mungkin 5,000….Mungkin cara mereka begitu,” ujarnya.
Ketika ditanya mengenai desas-desus yang menyebut bahawa calon Pas, Hassanuddin Salim pernah mendapat projek di Hospital Temerloh, Datuk Seri Adnan berkata pentadbiran beliau tidak mencampuradukkan politik dengan pentadbiran.
“Kita tidak pernah senaraikan pun ini calon Pas dan juruukur, kita jangan bagi dia projek SDO. Jangan bagi mereka projek apa-apa…Tidak pernah sama sekali. Kalau dia dapat kita tidak terkejut. Takpelah, dia pun nak cari pendapatan juga dan anak isteri dia pun nak makan juga. Jangan undi dia sudahlah,” katanya.
Menjawab pertanyaan tempoh kempen yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, Datuk Seri Adnan berkata kempen BN sehingga ke hari ini tidak berdepan dengan sebarang masalah dan isu yang ditimbulkan hanyalah isu pembangunan.
“Kita pun selesaikan sedikit demi sedikit dan seperti contoh baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah meluluskan projek bekalan untuk kampung-kampung tradisonal dan ini satu perkara yang baik. Insyaallah kita boleh memenangi hati rakyat sebab rakyat tahu kita boleh memerintah dengan adil dan saksama,” katanya
No comments:
Post a Comment